Selalu kita dengar alasan yang digunakan untuk putus cinta adalah ayat ini – “Awak terlalu baik untuk saya”, kan?
Lain pula dengan pasangan ini yang tular kerana si teman wanita mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana ‘mimpi’.
Tangkap layar perbualan di antara seorang lelaki yang cuba memujuk kekasihnya untuk teruskan hubungan itu tular di Facebook dan meraih pelbagai reaksi.
Menerusi Whatsapp itu, lelaki berkenaan telah berkali-kali berusaha untuk meneruskan hubungan selepas teman wanitanya nekad mahu berpisah.
Tak nampak dalam mimpi
Kata wanita itu, dia mahu break up kerana tidak nampak wajah teman lelakinya di dalam mimpi dipercayai selepas membuat solat istikharah.
Lantak la. Saya tak nampak awak dalam mimpi saya. Dah la, stop la.”
Ramai pengguna Facebook yang memberikan komen dan menggesa agar lelaki tersebut bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya.
Malah, beberapa individu menasihatinya agar dia tidak terhegeh-hegeh dengan orang yang tidak menghargai dan cari kekasih baru sahaja.