Motosikal Rempuh Kereta, Pelajar Maut Dan Rakan Cedera Parah

Kehidupan

Motosikal Rempuh Kereta, Pelajar Maut Dan Rakan Cedera Parah

Seorang pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah Perodua Bezza di Jalan Bukit-Katil Duyong awal pagi Jumaat.

Mangsa, Muhammad Asyraf Ramli berusia 20 tahun maut di tempat kejadian manakala pembonceng Muhammad Norazlysham Abd Rasid,20 mengalami kecederaan dalaman di kepala dan kini mendapatkan rawatan zon merah di Hospital Melaka.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Masjid Bukit Katil menuju ke Tanjung Minyak Perdana.

“Pemandu tidak menyedari kehadiran motosikal lalu berlaku rempuhan”.

Kejadian tersebut berlaku ketika sebuah kereta dipandu lelaki berusia 25 tahun telah berhenti di bahu jalan dan cuba membuat pusingan U. Pemandu berkenaan mengalami luka di kepala dan sedang dirawat di zon kuning.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...