Motosikal Guna Laluan Kecemasan Salah Disisi Undang-Undang? Ini Semakan Dalam Buku Undang-Undang JPJ

Trending

Motosikal Guna Laluan Kecemasan Salah Disisi Undang-Undang? Ini Semakan Dalam Buku Undang-Undang JPJ

zzzz

Sejak kenyataan yang dikeluarkan semalam oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain yang mengatakan lorong kecemasan tidak boleh digunakan oleh pengguna motosikal, ramai netizen mempertikaikan kenyataan itu.

Ini kerana dakwa netizen, kalau motosikal 250cc kebawah tidak boleh menggunakan laluan kecemasan itu, jalan mana mereka harus guna, sedangkan jika menggunakan jalan ditengah sudah pasti kemungkinan berlaku kemalangan lebih tinggi kerana kenderaan lain yang laju.

Advertisement

Jadi netizen mengemukan bukti bahawa motosikal boleh menggunakan laluan kecemasan berdasarkan kenyataan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan tahun 2009, dalam satu artikel Utusan Malaysia bertajuk “Kompaun serta-merta guna laluan kecemasan”.

Dalam artikel itu Dato Salim Parjan berkata “kenderaan lain selain motosikal tidak boleh menggunakan laluan kecemasan.” (rujuk gambar di bawah)

3

Bagaimanapun pihak polis pula mengeluarkan kenyataan yang motosikal tidak boleh menggunakan laluan kecemasan, ini bukanlah kenyataan kali pertama daripada pihak polis kerana pada tahun 2004 lalu juga melalui utusan, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Gingkoi Seman menyatakan motosikal tidak boleh menggunakan lorong kecemasan. (rujuk gambar bawah)

6

Jadi apakah status sebenarnya menggunakan lorong kecemasan kerana JPJ cakap boleh tapi Polis cakap tidak boleh?

Berdasarkan carian di laman web milik JPJ di mana mencari jawapan adakah salah motosikal melalui laluan kecemasan?

Dan akhirnya jawapan terjawab apabila terjumpa “Kadar Kompaun Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987” di mana tertulis bagi kesalahan motosikal kurang daripada 250cc.

Pada bil nombor 9, jenis Kesalahan berkaitan penggunaan lorong kecemasan, meletakkan/menunda. memandu di lorong kecemasan, pemandu motosikal boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.

x

Jadi jelas apa yang dinyatakan oleh pihak polis yang menggunakan lorong kecemasan oleh semua kenderaan termasuk motosikal adalah melanggar undang-undang.

Tetapi netizen tertanya-tanya, jika kami sebagai penunggang motosikal, jalan mana harus kami lalui jika lorong kecemasan tidak boleh di lalui? terlalu sedikit lebuhraya yang menyediakan laluan motosikal, adakah kami harus menggunakan lorong tengah?

Jika lorong tengah yang merbahaya itu dibenarkan kami guna,  satu artikel yang dinaikkan oleh portal TheSunDaily bertajuk “Authorities to enforce law prohibiting motorcycles from riding on the fast lane”  di mana Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Azizi Kaprawi berkata pihak kementerian akan meminta kesemua pihak penguatkuasa trafik untuk mengharamkan motosikal dari menunggang di lorong kanan atau lorong memotong.

zzzz (1)

Jadi lorong mana yang harus pengguna guna? Adakah lorong kenderaan tepi bersama kenderaan lain? Harap pihak berkaitan dapat tampil menjawab.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...