Motosikal Terbakar, Lelaki Sempat Selamatkan Beras Dalam Raga

Trending

Motosikal Terbakar, Lelaki Sempat Selamatkan Beras Dalam Raga

Di musim pandemik ini, terdapat segelintir masyarakat yang terkesan sehingga tidak mampu untuk membeli barangan keperluan harian. Rakyat terpaksa mengikat perut kerana kebanyakan mereka terjejas pendapatan untuk menyara ahli keluarga. Nasib baiklah ada golongan bermurah hati tampil membantu mereka yang memerlukan.

Namun terdapat pula satu kejadian di mana seorang individu terpaksa menerima hakikat bahawa motosikal yang ditunggangnya terbakar secara tiba-tiba. Paling menyedihkan apabila individu tersebut sempat menyelamatkan beras yang dibelinya dalam raga motor.

Advertisement

Reaksi pemuda itu dilihat tidak sedikit pun panik sebaliknya bertindak pantas menyelamatkan beras. Perkara itu membuatkan netizen tersentuh dengan nasib yang menimpanya.

Berdasarkan video tular di aplikasi TikTok yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna bernama @epi_kodok777 itu, kelihatan orang ramai yang berada berdekatan turut kelihatan cemas. Difahamkan kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai runcit.

Mula-mula api kecik, lepas jirus air api semakin besar.

Susulan daripada video tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati selain turut mendoakan agar individu itu dimurahkan rezeki serta tabah menghadapi ujian. Walaupun motosikal hangus dijilat api, dia masih mampu mengukirkan senyuman.

video viral TikTok

video viral TikTok

Peristiwa malang yang menimpa pemuda ini sehingga kini telah mendapat lebih dari 2 juta tontonan serta 190,000 tanda suka.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...