Motor ‘Rider’ Foodpanda Disimbah Minyak Hitam Ketika Buat Penghantaran Di Apartment Rampai Idaman

Trending

Motor ‘Rider’ Foodpanda Disimbah Minyak Hitam  Ketika Buat Penghantaran Di Apartment Rampai Idaman

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ketika bulan puasa ini, kerap terdengar cerita yang kurang enak tentang mereka yang bertugas sebagai penghantar pesanan. Terdapat beberapa kes di mana penghantar makanan dianiaya oleh pelanggan dengan menyorokkan barangan terlarang di dalam makanan.

Baca: ‘Rider’ Penghantar Makanan Kesal Dipergunakan Pelanggan Untuk Hantar Dadah

Advertisement

Kita sepatutnya bersama-sama menyebarkan kebaikan ketika negara sedang berdepan krisis COVID-19 ini. Sebagai contoh tidak salah kiranya kita membayar lebih upah penghantaran atas niat bersedekah, atau belanja makanan berbuka puasa untuk penghantar makanan.

runner foodpanda

Gambar hiasan

Satu lagi kes aniaya yang terjadi kepada rider Foodpanda di sebuah kawasan perumahan apartment dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter nabilfikran10. Perkongsian tersebut menceritakan keadaan motor rider foodpanda yang telah disimbah dengan minyak hitam.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika rider tersebut masuk ke bangunan apartment Rampai Idaman untuk menghantar pesanan. Sekembalinya dari menghantar pesanan di tingkat 4 bangunan itu, rider tersebut terkejut melihat keadaan motornya yang ‘dimandikan’ minyak hitam.

Tidak cukup dengan minyak hitam, cecair pengilat tayar juga turut disimbah di atas motor. 

motor

Rider berkenaan kesal dengan perkara yang berlaku kerana dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa dan dia bukanlah penduduk yang menetap di kawasan tersebut.

Akibat kejadian ini, rider berkenaan mengambil keputusan untuk tidak lagi menghantar pesanan hingga ke pintu rumah bagi kawasan apartment itu pada masa hadapan. Dia hanya akan menunggu pelanggan di parkir untuk mengambil pesanan mereka.

Tidak dapat dipastikan apakah motif sebenar perbuatan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ini. Berkemungkinan sama ada didorong perasaan khianat atau secara sengaja ingin menyusahkan orang lain.

Orang ramai yang sering menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan diharapkan dapat menghormati pekerja yang sedang menjalankan tugas mereka. Tanpa mereka, mungkin kita akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan ketika PKP ini.

Artikel berkaitan: (Video) Penghantar Makanan Sebak Apabila Pelanggan Belanja Kek Sempena Hari Jadinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...