Ramai antara kita bergantung pada motosikal untuk urusan harian. Tak kira untuk pergi kerja, belajar, hantar anak, buat penghantaran atau pusing satu bandar, motosikal memang pilihan paling praktikal.
Sebab itu pembiayaan motosikal jadi satu keperluan lagi-lagi bila kos hidup makin meningkat.
Salah satu pilihan pembiayaan yang ramai rider percayai ialah Motorcycle Financing (HP-i) dari AEON Credit.
Lebih 2 juta penunggang seluruh Malaysia sudah menggunakan pembiayaan ini.
Yang penting, pembiayaan ini patuh Shariah dan mematuhi Akta Sewa Beli 1967. Jadi tak perlu risau soal urusan yang meragukan.
Apa itu Motorcycle Financing (HP-i)?

Menerusi Motorcycle Financing (HP-i), ramai yang pilih sebab prosesnya mudah dan cepat. (HP-i) adalah sebuah produk pembiayaan kenderaan yang membantu individu atau perniagaan untuk membeli motosikal melalui pembayaran ansuran bulanan tanpa perlu bayar penuh di peringkat awal.
Sekarang dah ada FinPlus. Cara paling senang untuk semak had kredit pembiayaan motosikal tanpa perlu pergi ke cawangan atau sediakan dokumen
Hanya ikut langkah mudah melalui aplikasi tersebut, dan anda boleh dapat had kredit untuk pelbagai produk AEON Credit sepantas 5 minit
1. Muat turun aplikasi AEON Wallet
Daftar akaun AEON Wallet Malaysia dan klik tab My Finance.
2. Lengkapkan e-KYC
Langkah ini akan diteruskan jika anda telah melengkapkan e-KYC.
3. Isi butiran
Isi butiran gaji kasar dan gaji bersih sebelum klik ‘Submit’ untuk meneruskan proses.
4. Tahap keahlian dan had kredit disiapkan dalam 5 minit
Keahlian anda sudah disahkan semak had kredit bersyarat anda sekarang.
5. Mohon produk yang diinginkan
Gunakan had kredit Motorcycle Financing (HP-i) anda di kedai peniaga AEON Credit pilihan anda.Hanya klik produk yang anda inginkan dan imbas kod QR yang dipaparkan di kedai tersebut, senang dan cepat.
Kenapa pembiayaan ini jadi pilihan ramai?

1. Tempoh ansuran fleksibel
Pilih tempoh bayaran bulanan sehingga 84 bulan. Jadi boleh sesuaikan ikut bajet masing-masing.
2. Kadar keuntungan serendah 0.375% sebulan
Untuk pelanggan layak, kadar rendah ini memang beri banyak penjimatan jangka panjang.
3. Jenama motor banyak
Hampir semua jenama motosikal popular boleh dibiayai. Pilih saja mana yang kena dengan gaya hidup.
4. Kelulusan pantas
Kebanyakan permohonan diproses dalam 3 hari bekerja. Bagi ahli FinPlus tahap Advance, Pro dan Elite, pemprosesan adalah lebih pantas.
5. Pembiayaan sehingga 90%
Tak perlu risau dengan tentang duit muka yang tinggi. Bagi permohonan yang layak, pembiayaan sehingga 90% disediakan.
6. Mudah nak bayar
Nikmati pelbagai pilihan pembayaran yang fleksibel, termasuk auto debit, kaunter bank, CDM, MEPS IBG, serta melalui aplikasi AEON Wallet Malaysia.
Siapa yang layak memohon?
Individu
-Warganegara Malaysia berumur 18–65 tahun
-Bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan
-Pendapatan minimum:
Moped: RM1,050 (Semenanjung) / RM920 (Sabah & Sarawak)
Superbike: RM1,300 (Semenanjung & Sabah/Sarawak)
-Perlu nombor telefon pejabat & telefon bimbit/rumah
-Satu penjamin rujukan yang boleh dihubungi
-Pemohon mesti mudah dihubungi
Dokumen diperlukan
-Salinan IC depan & belakang
-Slip gaji sebulan / penyata EPF
-Bukti bank terkini
Bekerja Sendiri
-Warganegara Malaysia berumur 18–65 tahun
-Berniaga sekurang-kurangnya 1 tahun
-Pendapatan minimum
Moped: RM1,050 (Semenanjung) / RM920 (Sabah & Sarawak)
Superbike: RM1,300 (Semenanjung & Sabah/Sarawak)
-Nombor telefon pejabat wajib
-Satu rujukan yang boleh dihubungi
-Pemohon mesti mudah dihubungi
Dokumen diperlukan
-SSM
-Salinan IC pemilik/partner
-Penyata bank syarikat 3 bulan
-Cara buat pembayaran
Anda boleh bayar melalui:
-Auto debit di hampir semua bank utama
-Mesin CDM di bank terpilih & cawangan AEON
-MEPS Interbank GIRO
-AEON Wallet Malaysia untuk pembayaran paling mudah & cepat
Pembiayaan motosikal ini memang sesuai untuk sesiapa yang nak pakai motor baru dengan proses yang ringkas dan kadar yang berpatutan.
Lepas ni, tak perlu susah-susah fikir kalau motor rosak atau nak upgrade. Asalkan layak, boleh terus mohon dengan cara yang makin mudah.
Mohon Motorcycle Financing (HP-i) hari ini untuk miliki motosikal idaman dengan lebih mudah. Klik DI SINI untuk info lanjut.
