“Motif Sampai Nak Crowfund? B*doh Punya Pemikiran” – Individu Nak Buat Dana Untuk Amelia Henderson Teruk Dikecam

Hiburan

“Motif Sampai Nak Crowfund? B*doh Punya Pemikiran” – Individu Nak Buat Dana Untuk Amelia Henderson Teruk Dikecam

Seperti diketahui umum, baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson diarahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM213,000 kepada A.Aida kerana melanggar kontrak syarikat penerbiatan A.Aida Production Sdn Bhd.

Bagaimanapun, Amelia menganggap kes tersebut masih belum berakhir dan akan memfailkan rayuan kepada pihak mahkamah.

Advertisement

Boleh dikatakan Amelia merupakan salah seorang pelakon yang sangat digemari ramai dan hal itu dapat dilihat setelah ada peminat yang ingin memberi wang jika ada mana-mana pihak yang membuat dana untuk selebriti itu bagi membantunya bayar wang ganti rugi tersebut.

Tweet tersebut meraih perhatian pengguna Twitter yang lain dan rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan individu tersebut.

komen netizen

komen netizen

Kebanyakkan netizen merasakan Amelia sudah mempunyai wang yang banyak dan mampu untuk membayar ganti rugi tersebut tanpa perlu mengutip dana.

Malah, netizen juga berpendapat tidak berbaloi untuk memberi wang mereka kepada pelakon tersebut dan lebih baik menderma pada orang yang lebih memerlukan.

Sekadar info, Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson turut diminta untuk membuat permohonan maaf serta memadam segala video yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat A.Aida.

2 years ago

Kalah Kes Saman, Amelia Henderson Kena Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A Aida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...