Semalam, kecoh di platform media sosial selepas pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman mendakwa jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive yang dimiliki oleh El Azman meniru reka bentuk kain samping yang diperkenalkan oleh suaminya, Emran Rijal.
El Azman balas kenyataan Tyra
Tidak mendiamkan diri, El Azman tampil mengeluarkan kenyataan memperjelaskan bahawa dirinya tidak meniru reka bentuk mana-mana pihak dan motif keris bukanlah hak esklusif seseorang individu susulan ia merupakan sebahagian daripada warisan budaya Nusantara.
Selain itu, Elrah memaklumkan pihak suami Tyra baru sahaja mendaftar hak cipta motif berkenaan pada tahun ini dan bermakna, mereka baru sahaja mendapatkan perlindungan hak cipta serta tidak mempunyai bukti rasmi bahawa sudah memiliki motif berkenaan sejak tahun 1890.
View this post on Instagram
Malah, founder Elrah Exclusive itu menegaskan bahawa pihak mereka sudah melalui proses reka bentuk dalam tersendiri dan tidak meniru karya mana-mana pihak yang sudah berdaftar.
Elrah Exclusive sentiasa menghormati hak harta intelek dan warisan budaya. Kami menolak sebarang dakwaan yang tidak berasas.
Tak teragak ambil tindakan undang-undang
Dalam pada masa yang sama, Elrah turut persoalkan kenapa dakwaan ini mula timbul selepas dia tampil dengan koleksi berkenaan untuk raya tahun ini dan kenapa tidak sebelum ini, jika benar rekaan tersebut milik turun-menurun keluarga suami Tyra sejak tahun 1890.
Susulan itu, Elrah juga menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Tyra serta suaminya sama sekali tidak berasas serta tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.
Bahkan, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika tuduhan tidak berasas ini akan menjejas nama baik jenama Elrah Exclusive.