Monyet Disangka Lampu Isyarat Merah Punca Kemalangan

Trending

Monyet Disangka Lampu Isyarat Merah Punca Kemalangan

Seorang pemandu wanita di Guizhou, China memberhentikan kenderaan yang dipandunya secara mendadak sehingga menyebabkan keretanya dirempuh dari belakang kerana menyangkakan lampu merah.

Advertisement

Namun begitu lampu merah yang disangka itu adalah silap sama sekali kerana objek yang disangka lampu merah itu sebenarnya adalah seekor monyet yang sedang duduk di atas palang besi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di satu persimpangan jalan dekat bandar raya Guiyang, semalam.

Menurut laporan agensi berita Sina, wanita berkenaan menyangka monyet berkenaan adalah lampu isyarat merah menyebabkan dia memberhentikan keretanya dengan mengejut menyebabkan kenderaan di belakang melanggarnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...