Mongee Banana: Pisang Yang Mampu Tumbuh Di Luar Kawasan Tropika

Teknologi

Mongee Banana: Pisang Yang Mampu Tumbuh Di Luar Kawasan Tropika

Mongee Banana merupakan pisang yang ditanam di Jepun. Pisang ini adalah hasil R&D dari D&T Farm di Okayama, Jepun. Apa yang menarik mengenai pisang ini adalah, kulit pisang tersebut boleh dimakan berbeza dari pisang lain yang terdapat di negara beriklim tropika.

Advertisement

Pisang secara tradisinya ditanam di kawasan beriklim tropika, tetapi SoraNews24 melaporkan bahawa ‘Mongee Bananas’ ditanam menggunakan teknik ‘Freeze Thaw Awakening’, yang mengekstrak dan membentuk DNA buah-buahan untuk menghasilkan spesimen yang serupa dengan zaman purba. Menyebabkan pokok tersebut boleh ditanam dan dituai dalam persekitaran yang lebih sejuk.

Apabila ia ditanam dalam iklim yang luar dari kebiasaan, ‘Mongee Bananas’ tidak mempunyai pemangsa semulajadi, yang bermaksud mereka adalah buah buahan organik dan tidak perlu menggunakan racun perosak.

Pisang ini juga dikatakan lebih manis daripada pisang biasa, “dengan 24.8 gram gula, berbanding dengan purata 18.3 gram.”

Disebakan kandungan gula yang tinggi, texture pisang ini lebih melekit dan mempunyai bau yang lebih kuat.

Sumber: Mongee Banana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...