Usahawan tudung terkenal, Haliza Maysuri mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia melayan kucing peliharaannya seperti anak sendiri siap belikan hadiah mewah setiap kali ulang tahun.
Menurut Haliza, kucingnya yang diberi nama Money mempunyai perangai seperti manusia dan sangat kuat cemburu. Katanya, jika tidak mendapat hadiah, Money akan merajuk. Tapi kalau dapat, akan terus jadi ceria dan teruja.
Saya tidak terkira dalam sebulan berapa banyak saya habiskan untuk Money dan seekor lagi, Aspen, sebab memang saya anggap mereka seperti anak sendiri. Saya akan beli apa sahaja untuk anak-anak ini.
Antara hadiah paling mencuri perhatian adalah sebuah BMW i7 yang dihadiahkan kepada Money sempena hari lahir dengan nilai lebih RM714,000, menurut laman rasmi BMW Malaysia. Selain itu, Haliza turut menghadiahkan mangkuk makanan khas bernilai RM11,000 kepada kucing kesayangannya.
Bukan itu sahaja, Haliza turut berkongsi bahawa Money pernah dijemput oleh pihak Louis Vuitton (LV) untuk menyambut hari lahir di butik mewah jenama tersebut.
Pihak LV sendiri beritahu, Money ada aura tersendiri. Mereka nak dia bantu promosi beg khas untuk haiwan peliharaan.
Walaupun sudah memberi pelbagai hadiah mewah, Haliza akui masih buntu memikirkan apa lagi yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat si bulus kesayangannya.
Saya masih tak tahu nak belikan hadiah apa. Money ni macam manusia tau.
Ternyata, kasih sayang Haliza terhadap kucing-kucingnya bukan biasa-biasa bukan sekadar manja, tapi siap ada gaya hidup mewah setanding manusia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.