Wanita bertatu di muka berasal dari Indonesia, Mondy yang tular selepas disantuni Ebit Lew pernah mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Mondy telah mendirikan rumah tangga dengan Nopendi Setiawan seorang mualaf pada Ogos yang lepas namun hantaran dimuat naik olehnya di media sosial meraih perhatian.
Menerusi video berdurasi 20 saat itu, Mondy dilihat mengalami lebam di bahagian pipi, kelopak mata, mulut, kening dan jari seperti terkena pukulan benda tumpul.
Baru 1 minggu menikah sudah dapat kekerasan. Semoga Allah menguatkan aku.
Pada 24 Ogos lalu, polis menerima laporan tentang penderaan yang berlaku terhadap Mondy dan kemudian memanggil TikToker itu bersama suaminya ke balai.
Menurut polis, penderaan itu dilaporkan berlaku pada 19 Ogos lalu di rumah sewa pasangan itu di Cipondoh, Kota Tangerang.
Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda dipertemukan dengan suaminya dan sepakat untuk berbaik selepas berbincang dengan bantuan pihak ketiga.