Beberapa hari ini kecoh dengan berita pelakon cantik Mona Allen sudah pun berkahwin dengan Pekin Ibrahim dalam sebuah majlis tertutup Jumaat lalu. Foto mereka berdua dalam busana pengantin dan ketika bersanding tersebar luas di media sosial.
Ramai juga yang tertanya adakah berita ini benar memandangkan Pekin sebelum ini memberitahu beliau sedang menjalin hubungan dengan seorang model antarabangsa bernama Iman.
Namun, segala persoalan akhirnya terjawab apabila Mona tampil mengesahkannya dengan memuat naik foto dua bentuk cincin. Mona berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti mendoa serta mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka.
Tahniah dan selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Mona dan Pekin. Semoga dilimpahi dengan kebahagiaan dan berkekalan sehingga ke syurga.