Momen ‘Sweet’ YDP Agong Dan Permaisuri Saling Berpegangan Tangan

Trending

Momen ‘Sweet’ YDP Agong Dan Permaisuri Saling Berpegangan Tangan

Semalam telah berlangsungnya Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Hari bermakna itu diadakan dengan penuh istiadat dalam suasana gilang-gemilang di Istana Negara.

 

Advertisement

Antara momen yang menarik perhatian netizen adalah ketika Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah seakan tersipu malu saat berpimpinan tangan dengan suami tercinta.

 

Umum mengetahui YDP Agong dan Raja Permaisuri merupakan pasangan yang sangat serasi. Gelagat mereka itu disifatkan sangat mesra oleh netizen dan betapa comelnya baginda berdua.

Pasangan paling romantik dan ‘sweet’


Rata-rata netizen tersenyum melihat kasih sayang dan cinta yang jelas terpancar antara pasangan diraja ini.

Agak jarang kita berpeluang untuk menyaksikan kemesraan baginda berdua. Semoga YDP Agong dan Raja Permaisuri dilimpahi dengan kebahagiaan sehingga ke hujung nyawa. Memang boleh dijadikan sebagai pasangan contoh buat pasangan muda di luar sana.

Sumber Berita : HermyR

Kredit Foto : Bernama & Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...