Momen Sedih Kanak-Kanak Lelaki Positif COVID-19 Terpaksa Ke Hospital Seorang Diri Tular Di Media Sosial

COVID-19

Momen Sedih Kanak-Kanak Lelaki Positif COVID-19 Terpaksa Ke Hospital Seorang Diri Tular Di Media Sosial

Semua sedia maklum, mereka yang disahkan positif COVID-19 akan dibawa ke hospital untuk menjalani sesi kuarantin. Tidak kira umur, wabak ini boleh berjangkit sekiranya mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sudah disahkan positif.

Begitu juga seperti yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki ini yang satu-satunya disahkan positif COVID-19 dalam keluarganya. Kanak-kanak ini terpaksa berjauhan dengan keluarganya dan menaiki ambulans seorang diri tanpa keluarga yang menemani.

Advertisement

“Tak dapat nak bayangkan perasaan dia.”

kanak-kanak lelaki

Kanak-kanak lelaki tersebut yang merupakan seorang pelajar di sekolah rendah disahkan positif selepas mengikuti ayahnya ke satu kursus pengurusan jenazah sebelum ini. Di dalam kursus itu, Amir Amsyar dipercayai telah melakukan kontak rapat dengan seorang peserta yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Oleh itu, mereka sekeluarga diminta untuk melakukan ujian saringan sebagai pengesahan. Ternyata, kanak-kanak ini adalah satu-satunya yang disahkan positif di dalam keluarganya. Pihak hospital kemudian tiba di rumahnya untuk membawanya ke hospital dengan menaiki ambulans.

kanak-kanak lelaki

Detik sedih itu kemudian tular di media sosial di mana rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib dialami kanak-kanak ini. 




Bagi mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling tempoh hari atau mungkin mempunyai kontak rapat dengan mereka, diminta untuk melakukan ujian saringan dengan segera. Tindakan anda mampu menyelamatkan ribuan lagi nyawa yang lain daripada dijangkiti wabak ini.

Artikel berkaitan: Nisbah Peserta Tabligh Positif COVID-19 Ialah 1:10

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...