Momen Amira Othman Dan Neelofa Berpelukan Jadi Tumpuan Netizen – “Diorang Memang Rapat Sejak Berlakon Sama Dahulu”

Hiburan

Momen Amira Othman Dan Neelofa Berpelukan Jadi Tumpuan Netizen – “Diorang Memang Rapat Sejak Berlakon Sama Dahulu”

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @cute08628 mencuri perhatian warganet apabila memperlihatkan momen manis antara dua selebriti terkenal tanah air , Neelofa dan Amira Othman.

Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan kedua-dua figura tersebut sedang berbual mesra sebelum mereka saling berpelukan, dipercayai sejurus selesai menghadiri sesi usrah bersama. Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 209,000 tontonan, 6,964 tanda suka dan 115 komen, menjadikannya tular di laman sosial.

Advertisement

Perkongsian itu menerima reaksi positif daripada netizen yang teruja melihat keakraban mereka. Ramai yang memuji hubungan baik antara Neelofa dan Amira, malah ada yang menyatakan kedua-duanya sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak berlakon bersama dalam sebuah drama sebelum ini.

Rata-rata komen menyebut Amira Othman sebagai seorang yang baik dan sopan, selain tidak pernah terpalit dengan sebarang isu yang menjejaskan hubungannya dengan Neelofa.

Momen manis ini bukan sahaja memperlihatkan sisi peribadi dua figura ini yang jarang dikongsi secara terbuka, tetapi juga mencerminkan nilai ukhuwah dan kasih sayang sesama artis yang menjadi inspirasi kepada para peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hours ago

Kenyataan 'Baru Sahaja Cerai' Punca Nur Fazura Dilabel 'Psycho'? Ini Respon Tuan Badan - "Tak Mustahil Ujian Sebegini.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...