Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(MOLLYWOOD)Faktor Populariti Superstar Rajinikanth

Bila BeautifulNara bertanya pada pembaca di Facebook hendak gossip dari negara mana untuk mempelbagaikan kandungan, ada yang secara berseloroh menjawab mahu gossip tentang Rajinikanth. Sebenarnya kami juga tidak pasti sama ada yang meminta itu berseloroh atau serius, jadi kami akan dedikasikan entri terakhir hari ini kepada Superstar Rajinikanth.Mungkin Rajini adalah seorang superstar di Mumbai, dan Rajini juga dikenali di peringkat antarabangsa di YouTube. Tapi kalau dalam bahasa Inggeris, dia bukan famous, sebaliknya infamous, atau masyhur atas perkara yang tak sepatutnya.

Antara yang menyumbang populariti Rajinikanth di YouTube ialah:-

Advertisement

1. Daya pukulan yang menentang hukum fizik
• Sekali tendang oleh Rajini sahaja penjahat akan melambung sehingga 1 kilometer. Kalau ditendang ke atas nescaya penjahat akan terhempuk pada tiang lampu menunjukkan betapa padunya tendangan beliau
•

2. Dusyum!!!!
• Bunyi kalau menumbuk macam petir. Amat kuat. Kamu akan berfikir dia ada memasang mercun pada penumbuknya.

3. Senyuman yang cheesy
• Siapa yang tidak tertarik pada senyuman abang Rajini. Cair perempuan dibuatnya tahu?

4. Perut teh tarik
• Kalau aktor Hollywood, Korea, Jepun, Aaron Aziz dan Redza Minhat gigih membina six-pack, Rajini tidak berasa gusar dengan perut ‘teh tarik’nya malah dia berbangga. Kau mampu?

Kami harap peminat Rajinikanth berpuas hati dengan entri ini. Kami telah berusaha sedaya upaya. Kukuku!

P.S: Dengan Samsung Galaxy Tab, segalanya berada di tapak tangan anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama