June 20th, 2020

Pelakon dan juga isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn Wati baru-baru ini telah meminta netizen untuk ‘membuang undi’ sama ada perlu atau tidak dirinya hamil lagi.

Ini berikutan anak bongsu pasangan Ozlynn dan Johan iaitu Moleiq telah meminta adik baru walaupun hasrat itu telah mendapat tentangan daripada ahli keluarga Ozlynn.

Ozlynn telah berkongsi mengenai perkara ini di ruangan instagramnya, baru-baru ini. Dalam entri berkenaan, Ozlynn memaparkan sebuah foto sekitar majlis keraian sambutan hari lahir ibu, suaminya Johan serta anaknya Ariq dan Moleiq.

“Moleiq dah minta adik.. siapa setuju aku mengandung lagi..undian yang banyak kira boleh hapuskan undian adik beradik aku yang bangkang untuk aku mengandung lagi,”

Mengimbau kembali, hasil perkahwinan Ozlynn dan Johan itu mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dan menyokong sepenuhnya keputusan Ozlynn untuk mengandung lagi. Malah ramai yang mendoakan kebahagiaan keluarga besar ini supaya beroleh cahaya mata baru di masa akan datang.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...