Pelakon dan juga penyanyi, Liyana Jasmay ada menyatakan hasrat untuk menurunkan berat badan demi mendapatkan kembali bentuk tubuhnya seperti dahulu.
Hasrat itu diluahkan Liyana menerusi sebuah hantaran di Instagram berserta foto lamanya yang kelihatan kurus dan ramping.
Saya boleh lakukan ini. Saya kena kurus seperti sebelumnya. Okay, tolong ya bagi sokongan moral sikit dekat saya.
Jelas Liyana, punca kenaikan berat badannya adalah disebabkan oleh dia kembali ke set penggambaran sejak ia dibenarkan oleh kerajaan, baru-baru ini.
Dia walau bagaimanapun tidak pula menyatakan berat badannya sekarang serta berat badan ideal yang menjadi fokus pencapaian.
“Hari tu dah okay, bila PKP lepas tu shooting 2 minggu kami asyik makan saja. Goal saya nak hilangkan 5kg. Harap saya boleh capai awal November ini!” tulisnya lagi di hantaran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memberi sokongan padu kepada pelakon kecil molek itu untuk menurunkan berat badan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Lily.Bwn
October 20, 2021 at 7:11 pm
Kalau dia rasa dia tu gemuk, habis kmi yg gemuk ni kategori apa?
Anonymous
October 20, 2021 at 10:54 am
aku igt sokongan moral nk bertudung semula. hauk betul
anonymous
October 18, 2021 at 8:51 pm
minah perasan ni kalau baca semua komen ni mesti meroyan sebab dia tak ada peminat tapi haters saja LOL