“Mohon Sedekahkan Al-Fatihah…” – Puteri Kedua Nazmi Faiz Meninggal Dunia Selepas Hampir 8 Jam Dilahirkan

Trending

“Mohon Sedekahkan Al-Fatihah…” – Puteri Kedua Nazmi Faiz Meninggal Dunia Selepas Hampir 8 Jam Dilahirkan

Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Fazir Mansor berkongsi berita duka, memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa Muhammad Nazmi Faiz telah meninggal dunia selepas beberapa jam dilahirkan.

Menerusi satu hantaran di Instagram Storynya, Nazmi memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat anaknya itu.

Advertisement

10.55 pagi baby Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.

 

Mohon sedekah al-Fatihah buat puteri kami.

ig story nazmi faiz

Sebelum ini, Nazmi memaklumkan isterinya, Nurul Yasmin selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka sekitar 3 pagi tadi (Ahad).

Namun, pada ketika itu anaknya sedang berada di dalam keadaan yang kritikal.

Walau bagaimanapun, pemain bola itu tidak mendedahkan punca pemergian cahaya matanya.

Sekadar info tambahan, Nazmi dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 26 Jun 2020.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

eyra hazali bengang orang doa suami kena simbah asid
1 month ago

Eyra Hazali Berang Ada Pihak Mendoakan Suami Disimbah Asid - “Benda Ini Tak Kelakar...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...