Betul kata orang, kalau nak buat renovasi pilihlah kontraktor yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik. Memang kena recee betul-betul kalau tak mahu ditipu seperti apa yang berlaku kepada sebuah keluarga baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk tularkan wajah lelaki yang telah menipu kedua ibu bapanya.
Menurutnya, lelaki tersebut merupakan seorang kontraktor dari Indonesia dan telah menipu orang tuanya sebanyak RM100,000.
i dah taktahu nak buat apa lagi. my parents dream house 75% almost done tapi alih alih kena scam. Contractor bodoh ni larikan duit 100k++. i mohon sangat viralkan muka jantan bodoh ni sumpah dah buntu. Dia cakap dia dkt kl skrg but idk…i just need some help pic.twitter.com/bxLyd3n1Br
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
Katanya, sejak dua minggu lalu, kontraktor berkenaan telah menyekat nombor telefon bapanya sebelum dikatakan melarikan diri.
Apabila cuba dihubungi, lelaki itu berkata dia mempunyai masalah yang perlu diselesaikan dan memerlukan masa 2 minggu.
Bukan itu sahaja, dia juga berjanji mahu berjumpa pada jam 9 pagi, 22 Januari lepas di rumah yang sedang diubah suai itu. Namun, akhirnya dia langsung tidak muncul dan apabila berjaya dihubungi dia menyuruh mereka settle kan ubah suai itu sendiri.
pakcik i dapat cakap dgn dia. Tapi korang dengar lah dia jawab ape ???? kelakarlah tu bangsat pic.twitter.com/HZDk5k5Lew
— nanad (@naddiiiee) January 23, 2022
Ramai netizen memberikan respon mereka dan segelintir turut menasihati netizen agar membayar kontraktor mengikut progress kerja. Rata-ratanya turut mendoakan agar urusan keluarga wanita ini dipermudahkan.
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman ditipu kontraktor rumah selain ada yang memberitahu netizen untuk pastikan kontraktor yang ingin diupah itu mempunyai kad CIDB.
Selain itu kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.