Hantaran Kim Seri di Instagram story sekali lagi mencuri perhatian dan membuat sesetengah pihak sakit hati selepas dia seolah-olah ‘menganjing’ orang ramai.
Menerusi hantaran itu, Kim Seri telah berkongsi tangkap layar dokumen berhubung permohonannya untuk menjadi penduduk tetap di Korea Selatan.
View this post on Instagram
‘Show off’ tiada rekod jenayah
Kim Seri menulis dialog seperti kata netizen yang mempersoal tentang rekod jenayah dilakukannya sebelum ini iaitu penipuan pakej pelancongan terhadap beberapa kumpulan pelancong Malaysia.
Dia nak mohon PR Korea mesti tak lepas sebab kena check rekod jenayah dulu.
Pada hantaran yang sama, Kim Seri turut mengucapkan rasa syukur selepas dokumen itu mengesahkan bahawa dia tiada rekod jenayah daripada kerajaan Malaysia.
Berlagak macam tak sedar hutang banyak
Perkongsian Kim Seri menjadi bualan di laman sosial Threads selepas sesetengah individu meluahkan rasa meluat dengannya kerana lagak seperti tiada apa yang berlaku sebelum ini.
Aku yang bukan mangsa pun sakit hati dengan Kim Seri ni berlagak kemain macam tak sedar diri hutang keliling pinggang.
Segelintir individu mengkritik Kim Seri kerana berlagak selain ada yang mempersoal sekiranya ada cara untuk kerajaan Malaysia campur tangan.
Seorang individu berkata Kim Seri yakin tidak akan tertangkap berkemungkinan kerana bekas suaminya yang ditahan pihak berkuasa di Malaysia.
Dalam pada itu, seorang lelaki turut berkongsi syarat-syarat untuk menjadi penduduk tempat di Korea dan salah satunya yang Kim Seri lulus adalah berkahwin dengan warganegara Korea.