“Mohon Maaf Saya Tak Boleh Nak..” – Syed Saddiq Akui Ada Terhutang Budi Dengan Bella Astillah

Kehidupan

“Mohon Maaf Saya Tak Boleh Nak..” – Syed Saddiq Akui Ada Terhutang Budi Dengan Bella Astillah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui bahawa dia sangat berhutang budi dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Dalam siaran langsung di TikTok, Saddiq menyatakan bahawa Bella sentiasa berada di sampingnya dan telah membuatnya gembira sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini.

Advertisement

Memang saya terhutang budi dengan Bella. Walaupun kita dah kenali satu sama lain sejak beberapa tahun lalu. Tapi untuk enam ke tujuh bulan lalu, dia sentiasa ada untuk buat saya gembira, bekerja sama-sama dan sampai ke hari ini sentiasa berada di sisi saya, dan saya terhutang budi.

Saddiq turut menyatakan bahawa dia tidak akan pernah melupakan jasa Bella, namun meminta maaf kepada pengikutnya kerana tidak selalu dapat membawa Bella bersama dalam sesi siaran langsung.

Minta maaf la saya tak bawa dia setiap kali sesi live sebab saya pun rasa serba salah… dia pun ada kerja, ada keluarga, ada Ayden dan Ara yang memerlukan cintanya sebagai seorang ibu.

Saya tidak akan lupa perkara itu, korang tak perlu risau. Kerana hutang budi itu perlu dibalas, dan tak akan dilupakan.

Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan, dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu lalu daripada empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.

Keputusan tersebut dibuat selepas panel tiga hakim membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi.

Bella yang turut hadir di mahkamah meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut, namun berkata bahawa sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk membincangkan soal jodohnya dengan Syed Saddiq.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syed saddiq
2025-06-26 14:32:55

"Izinkan Saya Bermuhasabah Untuk Urus Kehidupan Peribadi, Selama Ini Saya Letak Tepi Demi Kepentingan Negara" - Syed Saddiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...