Pengarah dan juga pelakon, Erma Fatima sebelum ini ada meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan cacian dan maki hamun terhadap dirinya gara-gara mempertahankan tindakan usahawan yang tular kerana bersikap kurang ajar ke atas seorang gelandangan warga emas di pusat transit gelandangan, baru-baru ini.
Erma walau bagaimanapun tampil memohon maaf kerana terpaksa menutup ruangan komen Instagramnya disebabkan oleh tidak tahan melihat platform media sosialnya itu dihujani maki hamun daripada umum yang tidak menyukai pendapat peribadinya itu.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi, dia mempunyai prinsip yang tersendiri seperti tidak gemar menggunakan bahasa yang tidak baik dan tujuan dia berbuat demikian adalah kerana ingin meredakan emosi netizen yang ‘membara’ pada ketika ini berikutan kes tersebut.
Ini bukan perkara yang bagus, itu toksik. Lagi pun isu Carl ni saya tak perlu jadi viral. Dah tua, rumah kata pergi kubur kata mari. Saya berbalik kepada niat asal buka Instagram untuk suka-suka dan buat perkongsian positif. Jadi saya minta maaf kerana Instagram saya bukan tempat bermaki-makian. Jadi saya terpaksa tutup komen untuk meredakan emosi anda semua.
Dia dalam pada itu mengakui dirinya agak ‘koyak rabak’ dengan sikap netizen yang bercakap mengenai kebiadaban usahawan tersebut namun tidak melihat diri sendiri yang turut sama melakukan perkara sedemikian rupa.
View this post on Instagram
Terdahulu, Erma Fatima hebat dikritik netizen apabila dia tampil memberikan kenyataan seolah-olah mempertahankan Carl sekaligus mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan warga maya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.