“Mohon Keadilan Lebih Saksama Dan Berperikemanusiaan” – SUHAKAM Bantah Hukuman Mati 6 Pembun*h Kes Zulfarhan

Kehidupan

“Mohon Keadilan Lebih Saksama Dan Berperikemanusiaan” – SUHAKAM Bantah Hukuman Mati 6 Pembun*h Kes Zulfarhan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) semalam ada mengeluarkan kenyataan membantah hukuman gantung sampai mati yang dikenakan terhadap enam bekas penuntut UPNM berhubung kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman.

Menerusi kenyataan itu, pihak SUHAKAM memberitahu mereka memahami kesedihan keluarga mangsa dan keseriusan jenayah itu namun hukuman yang dikenakan adalah tidak adil atau berkesan.

Advertisement

Atas dasar tersebut, SUHAKAM meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula perlaksaaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.

Bagaimanapun gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.

Tambah SUHAKAM lagi, keputusan mahkamah itu menandakan satu detik suram dan menyedihkan dalam sejarah kehakiman negara.

6 pelaku kematian Zulfarhan

Kata institusi itu, adalah penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah agar menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

“Komitmen kami terhadap hak asasi manusia memberi mandat buat kami menyokong pemansuhan hukuman mati” jelas SUHAKAM.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aiman aufa surat layang
4 months ago

"Lepas Saya Letak Tu, Saya Tak Tengok Dah" - Pengirim Surat Layang Kes Bun*h Zulfarhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...