April 17th, 2020

Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Janna Nick ada memuat naik video ‘drama sebabak’ dimana dia berlakon sebagai seorang gadis liar yang seakan sedang berhibur di kelab malam sambil berseloroh air yang dipegangnya itu adalah arak.

janna nick pu syed

Walaupun hanya lakonan semata-mata, ada segelintir netizen kurang senang melihat aksinya itu. Malah, ia turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah Syed (PU Syed) yang menegur tindakan keterlaluan pelakon itu.

Berlakon biarlah dengan iman bukan nafsu

pu syed tegur janna nick pu syed tegur janna nick

Menurut PU Syed, apa yang dilakukan oleh Janna itu keterlaluan dan boleh mengundang fitnah. Sebagai seorang ‘public figure’, Janna sepatutnya menunjukkan tingkah laku yang baik kepada orang ramai.

Tegur secara terbuka lebih kena, boleh bagi kesedaran

pu syed tegur janna nick

Tegur dengan baik, mohon guna gelaran PU dengan betul

Tidak hanya berdiam diri, Janna menerusi Insta Story di Instagram tampil membalas teguran itu. Janna menjelaskan apa yang dia lakukan hanya sekadar hiburan semata-mata dan bukanlah dirinya yang sebenar. Dia terkilan dengan cara PU Syed yang menegurnya secara sarkastik dan mempersoalkan mengapa pendakwah itu tidak menghubunginya terlebih dahulu untuk membicarakan isu tersebut, sebaliknya terus menghentam dirinya di media sosial.

Jannah berharap PU Syed menggunakan gelaran yang diberikan dengan baik dan tidak menegur dengan kata-kata keji untuk meraih perhatian.


36 responses to “Mohon Guna Gelaran Dengan Betul – Isu Video Keterlaluan, Janna Nick Balas Teguran PU Syed”

  1. Anonymous says:

    Duk tunggu je komen2 laknat. Xde ke yg nk tolong cirit berak kt mulut?

    Moga syurga untuk anda smua

Loading...