Penyanyi sensasi, Fyna Jebat akhirnya tampil membuka mulut mengenai spekulasi status dirinya dengan bekas jurulatih bola kebangsaan, Datuk Zainal Abidin yang masih menjadi tanda tanya.
Jika sebelum ini, ada yang mendakwa Fyna sebenarnya sudah tidak lagi bersama Zainal, namun baru-baru ini terlihat pula penampakan kedua-duanya sedang makan bersama di sebuah lokasi.
View this post on Instagram
Berikutan itu, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat yang dihubungi Kosmo! Online mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan orang ramai mengenai status perkahwinannya.
No, no no! Saya tak nak cakap apa-apa. Saya mohon difahami. Terima kasih sebab telefon tapi lebih baik saya tidak memberi sebarang komen.
Tular hujung minggu lalu apabila video memperlihatkan kedua-duanya kelihatan mesra malah Zainal turut menyuap hidangan laksa johor kepada penyanyi itu telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Kedua-duanya sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan sudah berkahwin secara rahsia sekitar awal tahun ini.
Sehubungan dengan itu, ramai yang menyangka bahawa kedua-duanya sudah rujuk kembali sementelah anak perempuan Zainal, Zahira mendedahkan bahawa ayahnya dan Fyna sebenarnya sudah bercerai dan tidak lagi bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.