Mohon Dengan MITI Sebagai Kilang Pembuatan Sarung Tangan Dan Pelitup Muka, Tapi Sebenarnya…

Trending

Mohon Dengan MITI Sebagai Kilang Pembuatan Sarung Tangan Dan Pelitup Muka, Tapi Sebenarnya…

Umum mengetahui hanya premis yang mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP). Pun begitu, tidak semua premis yang dibenarkan beroperasi, hanya perkhidmatan essential saja yang dibenarkan.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, sebuah kilang topi keledar mengisytihar sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka sebagai cara untuk mendapatkan kebenaran beroperasi daripada MITI sepanjang SPP.

Advertisement

Pihak berkuasa berjaya membongkar taktik tersebut dalam satu serbuan di Jalan Murni, Sungai Dua, Pulau Pinang, semalam.

Sumber : Malaysia Gazette

Bukan itu saja, serbuan tersebut telah mendapati ada pekerja kilang tersebut khususnya warga asing gagal scan MySejahtera.

Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor selaku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara berkata, pihaknya bertindak atas makkumat dan risikan yang mendapati kilang tersebut menipu dengan mengisytiharkan sebagai kilang pembuatan perubatan bagi mendapatkan kebenaran beroperasi sewaktu SPP.

Sumber : Malaysia Gazette

“Hasil pemeriksaan, kilang tersebut beroperasi untuk menghasilkan topi keledar dan tiada sebarang pembuatan perubatan seperti sarung tangan dan pelitup muka ditemui.” 

Sehubungan itu, pemilik kilang dikompaun RM 10,000 dan diarahkan tutup oleh pihak MITI.

Sumber : Malaysia Gaazette

“Kilang pembuatan topi keledar tidak termasuk dalam perkhidmatan essential yang perlu beroperasi dalam tempoh SPP”

Mana-mana majikan diingatkan akan berdepan tindakan tegas jika beroperasi tanpa kebenaran atau memalsukan dokumen perniagaan kepada pihak MITI.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...