“Memang kecewa dan stress sangat, cuba mohon bantuan tapi asyik tak lepas..”, begitulah luahan hati seorang wanita yang berkongsi kekesalannya apabila sering saja ‘dipandang sepi’ oleh kerajaan gara-gara klasifikasi pendapatannya berada dalam kategori M40.
Ujar ibu kepada empat orang anak itu, golongan M40 sering terpinggir kerana mereka dianggap mempunyai pendapatan mampu kelas pertengahan dan dia juga berada di tahap gaji ‘atas baris’ dengan golongan B40.
Baru-baru ini saya cuba memohon bantuan penuh untuk anak ketiga yang menghidap autisme ringan, tapi dalam borang letak syarat pendapatan isi rumah mesri bawah RM5,000, jadi automatik saya tak layak.
Hakikatnya besar bezanya bagi M40 yang menanggung seorang anak berbanding empat orang anak yang masih kecil dan bersekolah seperti saya. Tidak keterlaluan jika dikatakan kami ini lepas seminggu gaji, bayar itu ini, lepas tu jadilah B40.
Tambahan dengan kenaikan harga barang dan sara hidup, ada yang terpaksa memendam perasaan kerana kerajaan lebih fokus dalam pemberian insentif kepada golongan B40, dan tidak kepada M40.
Sekadar info, pendapatan isi rumah bawah RM4,850 sebulan dikategorikan sebagai B40, manakala isi rumah M40 berpendapatan antaran RM4,851 hingga RM10,970 dan isi rumah berpendapatan melebihi RM10,971 dikategorikan sebagai T20.
Manakala dari sudut perbandingan antara negeri, pengkelasan pendapatan yang ditetapkan bagi golongan B40, M40 dan T20 juga berbeza.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.