Pelakon dan personaliti media sosial Irma Hasmie sebelum ini telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dia ada memberi bayangan ‘sesuatu’ telah berlaku menerusi kapsyen panjang lebar sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram tempoh hari.
Terbaru, Irma kembali berkongsi video dan menulis luahan hati yang panjang dan berbaur sedih.
View this post on Instagram
Mulai kini saya memilih untuk memilih untuk menuding jari ke diri sendiri kerana yang melangkah tiap hari itu adalah kaki sendiri.
Kita hanya manusia, yang berkuasa mengatur adalah Tuhan. Pemikiran kita, sangkaan kita, penyampaian kita mana mungkin mampu sama dengan yang Maha Berkuasa.
Irma juga sempat memohon kemaafan kepada mereka di luar sana yang pernah terasa hati dan terjejas dengan sikapnya sebelum ini.
Kerdil diri hanya ini yang mampu dilakukan memohon ampun diriku yang pernah menyakiti dan sesiapa pun yang terluka.
Dai juga mendoakan agar semua orang diberi kedamaian hati dan didatangkan keajaiban oleh Allah S.W.T. bersama insan insan tersayang.
Sekadar info, Irma Hasmie telah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan pada tahun 2012. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 2 orang anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.