Mohd Shukri Saad Yang Dikatakan Terjun Jambatan Pulau Pinang Masih Belum Ditemui

Trending

Mohd Shukri Saad Yang Dikatakan Terjun Jambatan Pulau Pinang Masih Belum Ditemui

Semalam, kita telah diberitakan mengenai seorang peniaga, Mohd Shukri Saad, 39, yang dikatakan terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang kerana menganggap Malaysia diperintah oleh kerajaan yang zalim.


 photo AN.jpg

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor menasihati orang ramai agar jangan menimbulkan sebarang spekulasi dalam apa jua cara sekali pun terhadap tindakan Shukri.

Advertisement


14711451_1194778133892183_2487403076027964911_o  photo 14882301_1194777993892197_9167924286561201869_o.jpg
Ketuanya. Rizal Hafiz Ruslan dalam kenyataan sebentar tadi, berharap kenyataan yang berbagai daripada mereka yang tidak bertangungjawab boleh melukai hati keluarga Mohd Shukri serta menimbulkan keresahan orang ramai secara umum. Ujarnya:

Hari ini rombongan Dewan Pemuda Kawasan bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, Exco Lajnah Kebajikan DPPKTG, Saudara Suhaimi Ahmad, Ketua Majlis Tindakan Dun (MTD) Permatang Berangan, Haji Arshad Salleh, Exco Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor, Puan Ani Saad dan Puan Solehah, Wakil Jabatan Amal, Haji Bakri, Pemuda PAS Cawangan, Saudara Abtholuddin dan beberapa orang ahli PAS Cawangan Lahar Yooi mengadakan ziarah ke kediamanya untuk melihat sendiri cerita sebenar.

Selain ziarah pihak PAS juga menyampaikan sumbangan serta memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya urusan keluarga terbabit dipermudahkan.

Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor juga mengucapkan rasa penghargaan kepada para penyumbang serta semua pihak yang turut sama mendoakan kesejahteraan agar keluarga Mohd Shukri diberi kekuatan di dalam menghadapi suasana yang amat mencabar itu.

Rombongan PAS Tasek Gelugor disambut mesra oleh ibu Mohd Shukri, Mak Teh Bibah.

Bagi Hafiz, Mak Teh Bibah merupakan seorang wanita yang sungguh tabah, mempunyai raut wajah keibuan yang sungguh mendalam walaupun dalam situasi yang mencabar.

Sebelum ini terdapat satu khabar angin berlegar sejak petang semalam melalui WhatsApp bahawa Shukri telah diselamatkan oleh sekumpulan pemancing ikan dan sedang dirawat di hospital.


 photo 14731133_1294921497227516_3198563024289527790_n.jpg

Namun sebenarnya setakat artikel ini ditulis pihak keselamatan belum menemui apa apa kesan kehilangan Mohd Shukri.-amazingnara.com

Sumber: Tuan Mohd Sabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...