Mohd Iqwan Beri Nasihat Terakhir Sebagai Suami Kepada Zehra Zambri, Sedia Ceraikan Lagi 5 Hari – “Rasanya Lebih Baik…”

Hiburan

Mohd Iqwan Beri Nasihat Terakhir Sebagai Suami Kepada Zehra Zambri, Sedia Ceraikan Lagi 5 Hari – “Rasanya Lebih Baik…”

Suami kepada Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan menasihati agar penyanyi itu berhenti memuat naik apa-apa hantaran berbentuk pernyataan retorik mengenai rumah tangga mereka yang boleh mengundang salah faham orang ramai.

Kata lelaki berusia 42 tahun itu, Zehra sepatutnya memberi fokus kepada perkara lain untuk menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan hidupnya.

Advertisement

Buat isteriku Zehra, rasanya lebih baik jika kamu kekal fokus, jaga kesihatan dan tidak menulis hantaran-hantaran berbentuk pernyataan retorik (rhetorical statement) terkait kehidupan kamu sebagai isteri dan mama kepada Zahiyah.

suami Zehra Zambri

Lima hari nanti akan berjumpa di mahkamah

Perkara itu ditulis oleh Iqwan menerusi beberapa hantaran di Instagram peribadinya semalam di mana dia akui sudah bersedia melepaskan Zehra pada 20 Ogos akan datang menerusi proses Hakam.

Ujar Iqwan, dia akan datang ke mahkamah pada tarikh berkenaan dengan senang hati untuk memenuhi permintaan Zehra untuk bebas dan mencari bahagia di dunia dan akhirnya.

Ketika tarikh jatuh talak itu telah disepakati pada 20 Ogos akan datang, saya terus berharap agar kamu kekal beria-ria, besar hati dan suci, agar urusan perceraian dapat disegerakan.

Zehra Zambri dan suami

Nasihat terakhir sebagai suami

Justeru, apa yang ditulis Iqwan itu merupakan nasihat terakhir kepada Zehra sebagai suami agar penyanyi itu dan berkata dia tidak berhasrat untuk menulis lebih panjang memandangkan hayat perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.

Kata Iqwan lagi, permintaannya untuk Zehra berhenti membuat hantaran sedemikian  dengan kadar segera adalah bagi memelihara aib kedua-dua belah pihak.

Jadikan warkah ini sebagai nasihat terakhir saya sebagai seorang suami agar kamu tidak lupa bahawa kenyataan-kenyataan penuh emosi kamu tahun lalu, tenang survival di tempat kerja, justeru memakan diri seusai bertanding dalam sebuah program realiti TV.

hantaran suami Zehra Zambri

zehra zambri cerai
2025-08-13 15:10:11

"Saya Boleh Lafaz Cerai Hari Ini Tapi Dia Datang Haid" - Suami Zehra Zambri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...