Petang tadi, pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman telah membuat satu pengumuman mengejut dengan mendedahkan mereka bakal bernikah pada 14 September, Ahad ini.
Pengumuman tersebut sememangnya membuatkan nama kedua-kedua selebriti itu menjadi bualan hangat di platform media sosial.
Kebanyakan peminat yang sudah lama mendoakan agar mereka bersatu meluahkan rasa bahagia kerana impian untuk melihat Fattah dan Amira bersatu akhirnya tercapai.
Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar perkahwinan yang bakal dibina ini akan menjadi yang terakhir buat Fattah, manakala yang pertama serta terakhir buat Amira.
Sekadar info, hubungan kedua-dua selebriti ini mula menjadi bualan ramai selepas mereka kelihatan akrab selepas menjadi duta untuk sebuah jenama lokal Jakel.