“Moga Datuk K Lupakan Impian Nak Kahwin Lain” – Gelagat Siti Nurhaliza Bersenam ‘Battle Rope’ Buat Peminat Terhibur

Hiburan

“Moga Datuk K Lupakan Impian Nak Kahwin Lain” – Gelagat Siti Nurhaliza Bersenam ‘Battle Rope’ Buat Peminat Terhibur

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan peminat amnya apabila dia dirakam bersenam ‘ battle rope’ yang memiliki bebanan sekitar 10 hingga 30 kilogram.

Siti juga dilihat menulis sedikit coretan mengenai kekuatan peribadi dalam hantaran videonya itu.

Advertisement

Pertempuran yang paling hebat adalah dengan diri anda sendiri. Kelemahan anda, emosi anda. Kekurangan dalam membuat ketetapan bagi menyelesaikan sesuatu hingga ke penghujung.

Meskipun sudah memiliki dua orang anak, peminat tampil memuji kesungguhan penyanyi itu yang berdedikasi dalam melakukan aktiviti fizikal bagi menjaga kesihatan diri.

Menjengah ke ruangan komen, ada peminat berseloroh memberi peringatan kepada suami Siti, Datuk Seri Khalid untuk melupakan hasrat beristeri baru.

Moga Datuk K lupakan impian nak kahwin lain.

Difahamkan, Siti kini dalam persiapan untuk persembahan konsert Cinta di Awan yang bakal diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 10 Ogos nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah Liyana alu alukan proses mediasi
5 months ago

"Life Is Short, Why Stress?" - Puteri Sarah Liyana Pertimbang Berbaik Semula Dengan Bekas Pekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...