“Moga Berjodohan Semula…” – Gelagat Emma Maembong Dan Bekas Suami Luangkan Masa Bersama Anak-Anak Jadi Sorotan Peminat

Hiburan

“Moga Berjodohan Semula…” – Gelagat Emma Maembong Dan Bekas Suami Luangkan Masa Bersama Anak-Anak Jadi Sorotan Peminat

Satu hantaran memaparkan momen antara pelakon Emma Maembong dan bekas suaminya, Shazli Azhar meluangkan masa bersama anak-anak menjadi sorotan peminat.

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan kedua-duanya gembira bersama dua anak lelaki mereka seperti pasangan yang masih berkahwin.

Advertisement

Malah, anak Emma dan Shazli, Syariq Gabriel dan Syakil Aryan kelihatan ceria kerana dapat menghabiskan masa bersama kedua ibu bapa mereka.

Keluar bersama Baba dan Mama semalam, aunties dan cousing juga ikut bersama. Kami sangat gembira.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat menzahirkan harapan agar Emma dan Shazli dapat kembali rujuk demi kebaikan anak-anak.

Semoga cinta berputik kembali dan kembali bahagia.

Kasih sayang untuk anak-anak cukup walau berpisah. Moga berjodoh semula menjadi pasangan yang bahagia.

Terdahulu, Emma Maembong mengumumkan dia sudah tidak lagi bergelar isteri dan tamat idah setelah bercerai pada satu tarikh yang dirahsiakan.

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dai syed nak jual gelang arab
2 months ago

Tiada Langsung Tawaran Kerja, Da'i Syed Rancang Jual Gelang Perhiasan Wanita Dari Arab - "Bolehlah Sokong Dan Beli Barangan Kami"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...