Bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh, kembali mencuri perhatian warganet selepas tular foto tangkap layar yang memperlihatkan dirinya sedang melakukan sesi siaran langsung menjual pelekat (sticker) di media sosial.
Difahamkan, sticker yang dijual digunakan untuk dilekatkan pada pakaian seperti baju atau kemeja-T, dan usaha tersebut dilakukan oleh Fara bagi mencari rezeki serta meneruskan kelangsungan hidupnya.
Tangkap layar berkenaan segera menarik perhatian ramai dengan pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial — ada yang bersimpati dan mendoakan urusannya dipermudahkan, namun tidak kurang juga yang menulis komen berbaur sinis, mengaitkannya dengan kisah lalu.

Antara komen warganet:
“Sedih tengok Fara Salleh live jual sticker. Moga Allah permudahkan urusan dia.”
“Cepat kifarah dia sampai ye. Dulu kemain psycho buat ex wife si Sera tu. Sekarang the table turn sudah.”
“Kelakar weh bunyinya. Ingatkan sticker budak-budak ke apa, pun tak salah, tapi random betul.”
Terdahulu, Fara pernah menjadi perhatian apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan mental dan diabaikan ketika hamil serta selepas bersalin.
Kemelut rumah tangga pasangan itu memuncak apabila Shuk dikatakan melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand pada April lalu.
Untuk rekod, Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Elaine Nada, yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Shuk, selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Rossa Sera, pada 22 Mac 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
