Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Safiey Illias sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia ada berkongsi satu video seperti sedang memuja dan melakukan aktiviti ritual.
Dalam video yang kemudiannya dipadam tidak lama kemudian, dia dilihat bersama-sama dengan seorang lelaki membaca mantera Thai sambil mengikat tali kuning di pergelangan tangan.
Difahamkan, lelaki itu merupakan seorang bomoh Siam dan dia turut menggerakkan jari di atas tas tangan Safiey seperti sedang menulis sesuatu.
Menjengah ke ruangan komen yang sempat ditinjau, rata-rata netizen mengecam tindakan Safiey yang seolah-olah mempermainkan agama Islam.
Ada yang menasihati Safiey agar kembali ke pangkal jalan kerana tindakan mempercayai bomoh atau pawang adalah satu perkara syirik dan merupakan satu dosa besar dalam agama Islam.
SubhanAllah. Safiey Ilias, mengucap awak. Bertaubat lah.
Dalam pada itu, ada juga yang merasakan Safiey sengaja mencetuskan kontroversi dan sekadar ‘marketing’ semata-mata bagi melariskan produk.
“Marketing apa lagi dia nak buat? Nak minta viral je sebenarnya ni. Perbuatan kau dah jatuh syirik dah ni Safiey. Ditayang pula kepada umum. Semoga engkau dapat pengajaran sebenar-benarnya dari Allah S.W.T” ucap seorang netizen.