Sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menegaskan mereka tidak akan menyentuh sebarang makanan atau minuman yang diberikan oleh tentera Zionis Israel sepanjang berada dalam tahanan.
Perkara itu dikongsikan menerusi video yang dimuat naik di akaun rasmi Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, sebelum beliau ditahan oleh pihak Israel.
Suka saya ingatkan kalian di Malaysia dan di mana-mana sahaja, insya-Allah kami dah bersedia segala kemungkinan ini.
Kami sudah jangka apa akan berlaku, kami minta kalian terus doakan kami. Moga Allah berikan kekenyangan.
Dalam pada itu, Ahmad Musa turut menyeru agar orang ramai terus bersuara mengenai penderitaan rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Israel.
Teruskan bercakap tentang Palestin dan Gaza. Jangan dengan sebab kami ditahan, cerita Gaza dan Palestin didiamkan atau terus tidak ada orang langsung bercakap tentang mereka.
Mereka adalah orang yang diserang, mereka memerlukan sokongan kita.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai flotila telah ditahan rejim Israel selepas lebih 20 jam insiden pintasan berlaku.
Menurut Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby, pengesahan rasmi diterima pada jam 4.25 petang waktu Malaysia semalam bahawa semua delegasi kini berada dalam tahanan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.