“Moga Ada Rezeki Lain Untuk Ali..” – Kereta Honda Sudah Terjual, Ali Puteh Pujuk Isteri Tak Dapat Tahan Sebak

Hiburan

“Moga Ada Rezeki Lain Untuk Ali..” – Kereta Honda Sudah Terjual, Ali Puteh Pujuk Isteri Tak Dapat Tahan Sebak

Baru-baru ini, diketahui Ali Puteh telah menjual trofi kemenangan yang dimilikinya. Kini, isteri kepada pelawak Ali Puteh iaitu Melati Fitri pula tidak dapat menahan rasa sedih apabila melihat kereta miliknya dan suami telah dijual bagi melangsaikan hutang mereka.

Jual barang peribadi untuk langsaikan hutang

Bukan itu sahaja, berdasarkan video yang dikongsikan oleh rakan kepada pelawak itu, Pojie Pidon, terlihat Ali Puteh sedang menenangkan isterinya yang sebak apabila terpaksa melepaskan kereta jenis Honda Accord mereka kepada pembeli baru.

Advertisement

Honda Accord sold! Terima kasih hamba Allah ini dari Johor Bahru, sangat mudah berurusan.

 

Moga ada rezeki lain untuk Ali dan isteri

Difahamkan, tindakan Ali menjual bukan sahaja trofi dan kereta, tetapi juga sebuah motosikal atas tujuan melunaskan hutang kepada kakak iparnya iaitu Nurhidayah Hamzah.

Terdahulu, pada Mei 2020, Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali dan pada 18 Februari tahun lalu, akhirnya Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60K.

ali
3 months ago

"SOLD.. Sayang Memang Sayang" - Ali Puteh Jual Semua Trofi Kemenangan Program Lawak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...