Model Wanita, 28, Mati Akibat Pendarahan Otak Ketika Sedang Berkaraoke Bersama Rakan

Trending

Model Wanita, 28, Mati Akibat Pendarahan Otak Ketika Sedang Berkaraoke Bersama Rakan

Seorang model sambilan dari Singapura meninggal dunia awal bulan ini selepas dilaporkan merana pendarahan otak ketika sedang berkaraoke bersama rakan-rakan.

Advertisement

Karen Stella Wong, 28, ketika sedang menyanyikan lagu bersama rakan-rakan di sebuah lounge karaoke pada 12 Disember lepas, kepalanya menjadi sakit dan separuh badannya menjadi kebas.

Wong dikejarkan ke Hospital Besar Singapura di mana beliau telah koma dan disahkan meninggal dunia 3 hari kemudian, lapor Strait Times.

Menurut media tempatan, Wong telah mengalami pendarahan pada otaknya – juga dikenali sebagai intracerebral hemorrhage – di mana ianya merupakan sebab kematiannya.

Wanita berusia 28 tahun yang bekerja sebagai perunding pemasaran dan model sambilan itu tidak mempunyai rekod perubatan yang berkaitan dengan pendarahan otak, lapor bapanya.

Dilaporkan lagi, buah pinggang dan hati beliau telah didermakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...