Model Urus Punca Keuntungan Jualan Lamborghini Naik Mencanak Di Pasaran China

Automotif

Model Urus Punca Keuntungan Jualan Lamborghini Naik Mencanak Di Pasaran China

Membeli atau memiliki kereta baharu ketika pandemik menyerang dunia bukanlah suatu pilihan yang tepat disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Siapa sangka di sebalik wabak Coronavirus, sebuah syarikat automotif Lamborghini milik Volkswagen Group telah meraih keuntungan jualan yang luar biasa.

Advertisement

Menurut Ketua Eksekutif Lamborghini, Stephen Winkelmann, beliau berasa bangga dan terkejut melihat rekod peningkatan jualan kereta mewah itu.

Lamborghini

“Meskipun harga kereta Lamborghini semuanya mahal, namun melihat pada peningkatan rekod penjualan terkini kami berasa sangat terkejut dan bangga”.

Di pasaran China, model kereta Sports Utility Vehicle (SUV) Lamborghini Urus yang bernilai hampir RM1 juta telah mendapat permintaan yang tinggi. Pembeli di China lebih cenderung meminati model SUV ultra-mewah seperti Rolls-Royce, Bentley dan Lamborghini.

“Urus telah memberikan kami satu kejayaan dari segi pulangan pelaburan yang menjanakan keuntungan yang tinggi dan untung tersebut boleh dijadikan sebagai modal pusingan bagi kelangsungan Lamborghini pada masa akan datang”.

model Urus

China dijangka akan menjadi pasaran kedua terbesar bagi penjualan kereta mewah itu yang menggantikan Jerman tahun lalu.

Sementara itu, Amerika Syarikat masih kekal berada di tangga pertama dengan penjualan sebanyak 2,224 unit kereta pada tahun lalu.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...