Selepas hampir enam tahun, kini keluaran Honda City bakal hadir dengan generasi ketujuh mereka. Generasi keenam yang diumumkan pada tahun 2014 yang lalu menjadikan model ini sebagai kereta import pilihan ramai.
Dikhabarkan juga, bagi model terbaru ini akan disertakan dengan enjin 1.0 liter turbo yang lebih berkuasa. Enjin terbaru Honda ini mampu menjana kira-kira 120 PS dan 200 Nm tork.
Kalau diikutkan, ini bukanlah kali pertama Honda mengeluarkan model kereta dengan enjin turbo beserta eco mode. Penyertaan enjin 1.5 turbo pernah digunakan pada Honda Civic.
Walaupun model terbaru Honda City ini masih belum dilancarkan, rekaan kali ini dikatakan hampir sama dengan Honda Insight yang dikeluarkan baru-baru ini. Di sini, kami kongsikan beberapa gambar model Honda Insight.
Model Honda City generasi ketujuh ini bakal dilancarkan pada bulan November ini di Thailand sebelum memasuki pasaran Malaysia awal tahun depan.
Jadi sama-sama kita nantikan keluaran Honda City yang terbaru ini.
Sumber: The Vocket