Model Sambilan Pandu Gen 2 Arah Bertentangan Dikatakan Panik, Cuba Lepaskan Diri Dari Kemalangan Sebelumnya

Trending

Model Sambilan Pandu Gen 2 Arah Bertentangan Dikatakan Panik, Cuba Lepaskan Diri Dari Kemalangan Sebelumnya

Para penyiasat percaya bahawa remaja pemandu Proton Gen 2 yang memandu ke arah selatan di laluan arah utara Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan Sungai Dua di Pulau Pinang pagi semalam, berada dalam keadaan panik.
LawanArusAN

Disebabkan itu, dia telah bertembung dengan beberapa kenderaan, dan menyebabkan seorang lelaki terbunuh.

Advertisement


Sumber memberitahu Free Malaysia Today bahawa remaja berusia 19 tahun itu terdahulu melanggar belakang dua kereta sebelum Plaza Tol Sungai Dua, dan cuba ‘melepaskan diri’ dalam keadaan panik.

Saksi memberitahu polis yang dalam keadaan panik, remaja itu memandu di satu lorong yang dikhaskan untuk pusingan-U bagi kenderaan yang berada dalam keadaan kecemasan.

Dia kemudiannya memecut sejauh 5 km ke Seberang Jaya sebelum merempuh Perodua Kelisa yang dipandu lelaki berusia 26 tahun, menyebabkan lelaki itu terbunuh serta merta.

Setelah merempuh Kelisa, kereta remaja itu berpusing dan melanggar lima kenderaan lain, termasuk satu van pekerja kilang dan sebuah motosikal.

Bagaimanapun, versi terkini cerita ini tidak dapat disahkan oleh polis sewaktu artikel ini ditulis.

Polis kemudiannya mendapati melalui ujian air kencing yang remaja itu positif dadah jenis Methamphetamine.

Remaja itu diperintahkan hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth petang ini.

Dia dikatakan bekerja sebagai model sambilan untuk majlis pelancaran, program dan pertunjukan kereta. Sebelum ini, dia pernah menyertai pertandingan ratu cantik kecil-kecilan di Juru.

Sementara itu NST Online melaporkan keluarga pemandu Kelisa iaitu Mohamad Fandi Rosli, 26, terkejut mengetahui tentang berita kemalangan tersebut.

Fandi yang berasal dari Sungai Patani sedang memandu pulang setelah bekerja syif malam di sebuah kilang di Seberang Jaya, Prai sewaktu kejadian.

Isteri Fandi yang dikahwini baru tiga bulan yang lalu, Norashikin Abdul Halim, seorang jururawat di Hospital Selayang telah menuntut mayat suaminya di Hospital Seberang Jaya pada 3.00 petang semalam.

Dia dilihat berada dalam keadaan sedih dan pitam beberapa kali melihat mayat suaminya di tempat simpanan mayat, lapor NST.

Bapa Fandi, Rosli Lin, 57, memberitahu NST sewaktu pengebumian anaknya:

Saya rasa tak percaya lihat klip video sebuah kereta dipandu arah bertentangan trafik beberapa saat sebelum melanggar kereta anak saya.

Saya serahkan pada polis untuk menyiasat tetapi kami mahu keadilan untuk anak kami.

Fandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pokok Assam, Sungai Petani petang semalam.

Dia meninggalkan seorang isteri yang hamil, bapa, ibunya Noor Suraini Ismail , 47, dan seorang adik perempuan.-diterjemahkan untuk amazingnara.com
Pemandu-Gen2-Lawan-Arus

17264669_1903013156602827_11447374807543035_n

4

3

2

1

Sumber: Free Malaysia Today

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...