Model Rusia Buat Laporan Polis Terhadap Pempengaruh ‘Chepoh’

Berita

Model Rusia Buat Laporan Polis Terhadap Pempengaruh ‘Chepoh’

Seorang wanita warga Russia, Alice Kasimova, telah membuat laporan polis selepas video dirinya yang dirakam tanpa kebenaran semasa siaran langsung oleh seorang pempengaruh lelaki di restoran baru-baru ini menjadi tular.

Menurut Alice, laporan polis itu dibuat setelah beliau mendapat nasihat daripada orang di sekelilingnya yang bimbang akan keselamatannya.

Advertisement

Pempengaruh ‘Chepoh’ Mohon Maaf Buat Video Tak Senonoh Di Restoran – “Nak Kata Saya Bod*h, Saya Terima..”

Dalam hantaran yang dikongsi di Threads, Alice menjelaskan bahawa tindakannya ke balai polis bukan kerana marah, tetapi lebih kepada untuk melindungi hak wanita dan menunjukkan bahawa tiada wanita yang patut takut untuk mempertahankan diri.

Saya pergi ke balai polis bukan kerana marah, tetapi (tindakan) berdiam diri hanya melindungi individu yang menyakitkan orang lain. Tiada wanita patut berasa takut untuk mempertahankan diri.

Menurut laporan, Alice membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.37 pagi dan kini masih menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis mengenai kes tersebut.

Alice Kasimova

Sebelum ini, media melaporkan bahawa seorang pempengaruh lelaki telah membuat siaran langsung sambil bercakap mengenai seorang wanita yang sedang makan di restoran berdekatan. Dia turut membuat komentar lucah mengenai wanita tersebut, yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Tindakan tersebut mengundang kritikan, dan ramai netizen mengecam siaran langsung yang dianggap tidak wajar dan tidak menghormati privasi individu. Lokasi sebenar wanita yang dirakam tidak diketahui, namun rakaman tersebut mendapat perhatian meluas.

Kes ini kini sedang disiasat oleh pihak polis, dan Alice berharap tindakan tegas akan diambil bagi memastikan hak dan keselamatan wanita dilindungi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-06 10:57:55

"Tak Tahu 'Chepoh' Tu Putih Ke Tak" - Pempengaruh TikTok Kena ‘Cancel’ Buat Lawak Berbaur Seksu*l Di Kedai Makan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...