Model Lama MacBook Pro Tidak Dibenarkan Dibawa Ke Dalam Pesawat Sebagai Bagasi Berdaftar – Malaysia Airlines

Teknologi

Model Lama MacBook Pro Tidak Dibenarkan Dibawa Ke Dalam Pesawat Sebagai Bagasi Berdaftar – Malaysia Airlines

Malaysia Airlines mengumumkan komputer riba bersaiz 15 inci MacBook Pro yang dikilangkan antara September 2015 dan February 2017 tidak lagi dibenarkan memasuki pesawat sebagai bagasi berdaftar. Ini adalah susulan notis yang pernah dikeluarkan Apple pada Jun lalu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Malaysia Airlines, mereka hanya akan membenarkan ianya memasuki pesawat sebagai ‘carry-on luggage’ sahaja. Manakala bagi pelanggan yang telah pun menukar kepada bateri yang baru perlu menunjukkan dokumen lengkap atau resit sebagai bukti.

Advertisement

Menerusi laman rasmi mereka, Apple juga memaklumkan bateri untuk beberapa unit model lama MacBook Pro bersaiz 15 inci berkemungkinan menjadi ‘overheat’ dan mengakibatkan risiko kebakaran. Disebabkan itu, mereka terpaksa membuat larangan tersebut.

apple macbook pro 15 inchi
Syarikat penerbangan yang lain seperti Air Asia dan Malindo Air juga membuat larangan yang sama tetapi lebih ketat. Mereka sama sekali tidak membenarkan MacBook Pro yang terlibat itu dari menaiki pesawat sama ada sebagai ‘carry-on luggage’ ataupun bagasi berdaftar.

Bagi yang ingin memeriksa status model MacBook Pro mereka boleh ke laman rasmi Apple di sini untuk pemeriksaan nombor siri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...