Model Kacukan Thai-Amerika Peluk Agama Islam, Tekad Tinggalkan Dunia Glamour & Henti Minum Arak

Trending

Model Kacukan Thai-Amerika Peluk Agama Islam, Tekad Tinggalkan Dunia Glamour & Henti Minum Arak

1Seorang model antarabangsa kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat, Aliza Kim yang merupakan gadis kacukan Thai-Amerika telah mengisytiharkan yang dia telah memeluk Islam di laman Facebooknya sebelum ini.
Beliau yang pernah dikenali sebagai gadis Seventeen Magazine, Maxim, LIPS LUXE, Volume, Elle, Cleo, T3, Health & Beauty, Female, Hair 4 You 4 Me, Natural Beauty dan FHM, Aliza tidak keberatan meninggalkan dunia glamor demi mendekatkan diri pada Islam dan Allah

“Setelah menemui Islam, saya tinggalkan semua kehidupan masa lampau untuk taat pada Allah,” kata Aliza Kim.

Advertisement

Beliau yang merupakan pengacara musim kedua Into Taqwa #PenghijrahanFenomenaberusia 27 tahun ini, telah meninggalkan kesemua dunia peragaan yang telah mengangkat namanya di United Kingdom.

“Saya tidak menyesal turut meninggalkan dunia lakonan,” katanya.

2

Aliza Kim dilahirkan dari keluarga paderi Katolik di mana beliau merupakan anak tunggal tetapi sentiasa mendapat sokongan keluarga termasuk keputusannya memilih Islam sebagai jalan hidup menuju akhirat.

“Keluarga menyokong penuh dan bersikap positif,” katanya.

Beliau merupakan pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat nekad melafazkan syahadah pada 2011.

Sebagai muslim, Aliza meninggalkan semua perkara yang menjadi kegemaran ketika masih hidup dalam dunia glamor.

“Saya tinggalkan arak kerana mabuk pun sudah tidak berguna lagi,” katanya berlucu.

Ditanya siapakah yang menjadi pendorongnya untuk menguatkan lagi pegangannya kepada Islam, Aliza memberi nama dua ulama tersohor.

“Saya kagum pada syarahan Mufti Menk dan Sheikh Omar Suleiman kerana konsep keprihatinan Islam terhadap masyarakat,” katanya.

Aliza kini menjadi sebahagian wajah TV Al Hijrah dalam destinasi #IslamIsFirstClass #SegalanyaBermulaDiSini yang bakal bersiaran di TV Al Hijrah.

ali

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...