Model Cantik Bangga Teman Lelaki Pemandu Tuk Tuk

Trending

Model Cantik Bangga Teman Lelaki Pemandu Tuk Tuk

Cinta tak mengenal darjat

Itulah yang boleh yang dikatakan untuk kisah cinta seorang model berusia 22 tahun dan kekasih hatinya,25, seorang pemandu tuktuk di Thailand yang berpendapatan sebanyak 500 Baht (RM61) sehari.

Sumber: Nextshark

Kisah cinta mereka telah menyentuh hati ramai orang selepas wanita itu, Nutchanart Chaichan meluahkan rasa cintanya sepenuh hati kepada kekasihnya, Wutthichai Saeng-ngern yang telah dikenali selama 5 tahun melalui  Facebook itu di salah satu portal terkenal di Thailand.

“Kenapa saya pilih dia? Kami berbeza tetapi kami saling menyayangi.

“Apa yang awak makan, saya makan. Saya tahu awak sudah berusaha, awak tidak pernah merungut walaupun penat bekerja. Saya bahagia dan bangga,” tulis Nutchanart di Facebook.

Nutchanart juga mengakui dia sering disindir kerana memilih lelaki yang tidak berharta sebagai teman lelaki, namun ia tidak membuatkan dia berfikir dua kali.

Sumber: Awani

“Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang besar. Bahagia bukan pada harta.

“Saya tidak pernah rasa malu mendampinginya. Dia buat kerja yang halal dan jujur,” kata Nutchanart ketika ditemu ramah sebuah stesen televisyen.

Nutchanart menyatakan yang dia bertemu dengan teman lelakinya itu pada tahun 2013 di Nakhon Si  Thammarat Province yang merupakan kampung halaman mereka dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Bangkok dan hidup berdua sebagai pasangan kekasih.

Advertisement

Sumber: Nextshark

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...