Model Bangladesh Pertama LFW Jadi Mangsa Kecaman Netizen

Fesyen

Model Bangladesh Pertama LFW Jadi Mangsa Kecaman Netizen

Nama Ramzan Miah baru-baru ini menjadi bualan netizen seluruh dunia apabila dia berjaya membuat kemunculan julung kalinya di pentas peragaan antarabangsa, London Fashion Week (LFW) pada bulan September lalu.

Advertisement

Yang paling menarik perhatian ialah dia merupakan model lelaki pertama dari Bangladesh yang menjadi model yang berjaya menempah nama di dunia fesyen dan peragaan London.

Berusia 27 tahun dari Luton, Bedfordshire, dia mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berusia 17 tahun, namun baru menyertai agensi peragaan tiga bulan lalu.

Tuah buat Ramzan, langkah dia menyertai agensi tersebut membuahkan hasil apabila dia terpilih untuk menjadi model bagi acara fesyen berprestij di LFW. Dia mengambil bahagian dalam sesi penggambaran LFW itu bagi membuktikan sesiapa juga boleh berjaya.

“Saya mengambil bahagian dalam penggambaran ini kerana untuk menunjukkan bahawa setiap orang boleh, tidak kira apa latar belakang anda.”

Kariernya bermula pada pertandingan persembahan fesyen di The Mall, Luton dan seorang ejen melihat dia berpotensi untuk diketengahkan sebagai model. Catwalk pertamanya adalah di Minggu Fesyen Norwich bagi jenama fesyen John Lewish pada usia 22 tahun dan terlibat dalam sesi London Fashion Week merupakan pengalaman istimewa baginya.

Tetapi disebalik kejayaan yang dikecapi Ramzan, dia juga turut menjadi mangsa ‘makcik bawang’ dari Malaysia yang ‘menyerang’ akaun Instagramnya dengan pelbagai komen negatif dan tak menyenangkan.

Sumber: Free Malaysia Today

Ada netizen yang menggelarnya dengan panggilan ‘Bangla’ dan mengaitkan bau badan yang busuk seperti warga Bangladesh secara umum di Malaysia serta banyak lagi komen-komen negatif yang bernada rasis dalam bahasa melayu.

Namun , masih ramai rakyat Malaysia yang tetap memberikan sokongan dan komen positif untuk Ramzan. Ada juga yang meminta maaf atas tindakan segelintir rakyat Malaysia yang memalukan itu, mereka juga turut mengucapkan selamat berjaya untuk kerjaya Ramzan sebagai model.

Sumber: Awani

Bukan itu sahaja Ramzan  yang berasal dari Bedfordshire, England,  juga merupakan seorang pelakon malah pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Legacy, Naca, Ghost Stories, The Rocketman dan filem Disney baru, Aladdin.

https://www.instagram.com/p/BpXtSa7AJGi/?utm_source=ig_web_copy_link

“Penyertaan dalam LFW merupakan satu kejayaan besar bagi saya. Ia satu pentas untuk menonjolkan kepelbagaian dan saya berbangga mewakili etnik British-Bangladesh.” 

Dia berharap untuk menjadi inspirasi kepada semua yang lain dalam menyerlahkan identiti mereka.

Sumber: Awani, Sinar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...