Bagi kaum wanita, beg tangan merupakan satu item yang tidak boleh diasingkan lagi di dalam kehidupan harian mereka. Kalau dilihat di dalam beg tangan mereka itu, terdapat pelbagai benda yang disumbat sehingga ianya boleh menjadi beban ketika memikulnya (pada pandangan kaum lelaki).
Mochite; sebuah penutup (cover) telah dihasilkan bagi mengurangkan beban pada tangan,lengan mahupun bahu ketika memikul beg tangan ini. Reka bentuk yang simple dan mudah dikenakan pada apa jua jenis beg tangan ini merupakan idea yang mungkin tidak pernah difikir sebelum ini.



Mochite ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesakitan, malah ianya juga dapat menjaga keadaan kulit tali asal beg dari rosak dengan cepat. Produk ini dijual dengan harga 2,700 Yen (RM105.00) dan boleh didapati dalam 5 warna iaitu hitam, coklat, merah, putih dan kuning. Ianya diperbuat daripada kulit lembu asli manakala butang tengahnya pula diperbuat daripada tembaga.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk ini, pembelian boleh dibuat di laman web mereka dan perkhidmatan penghantaran ke luar negara juga disediakan.
Pada pandangan admin, barang-barang aksesori bagi kaum wanita untuk nampak cantik ni sebenarnya menyakitkan mereka. Betullah ada orang cakap, “sakit untuk nak jadi cantik ni…“. Contoh yang paling senang adalah kasut tumit tinggi. Tengok pon tau sakit kalau pakai seharian, tapi nak nampak cantik punya pasal, tahan ajalah…..