Written by Bella | December 26th, 2018

Untuk kaki-kaki gamer di luar sana, hari ini ada satu berita baik buat anda semua.  Mobile Legends: Bang Bang yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia bakal dipertandingkan di dalam kategori e-sukan pada Sukan SEA 2019 yang bakal dianjurkan di Manila, Filipina.

Inilah masanya untuk anda membuktikan kepada ibu bapa, rakan-rakan, awek pakwe serta atuk nenek anda bahawa bermain game di smartphone bukanlah satu kerja yang sia-sia. Anda kena bersiap siaga bermula hari ini agar terpilih menjadi wakil Malaysia sekaligus berpeluang membawa pulang pingat emas. Confirm mak ayah korang akan berbangga kembang hidung punya. Silap-silap siap buat kenduri lagi!!!

Bayangkan ratusan ribu manusia menonton anda bertarung merebut pingat emas. Fuh!!! Confirm berdebar dibuatnya

Persediaan yang perlu dilakukan bukan sekadar daripada fizikal, mental dan latihan sahaja, anda juga memerlukan smartphone yang sesuai bagi  memastikan kepantasan, kecekapan dan keselesaan anda ketika bermain Mobile Legends tidak terganggu. Untuk memudahkan anda, Abang Nara kongsikan 4 tips penting yang perlu dititikberatkan supaya anda berjaya menjumpai smartphone TERBAIK.

  1. Skrin kena besar

Skrin yang besar dan luas memberikan kaki gamer kelebihan kerana dapat melihat lebih banyak aksi yang sedang berlaku. Lepas itu segala action yang terjadi akan nampak dengan lebih jelas. Tak adalah mata kena terkebil-kebil sebab confuse di mana lokasi karakter kita.

Dengan saiz skrinnya sebesar 6.3 inci, para pengguna Huawei Nova 3 dijanjikan kepuasan bermain apa jua jenis game dengan paparan Full HD 2340 x 1080, 409 PPI.  Senang cakap, confirm jelas dan terang bila anda berlatih bermain Mobile Legends menggunakan smartphone ini. Untuk kepuasan maksima, ada juga pilihan untuk menyembunyikan takuk pada bahagian atas smartphone ini. Memang power sungguh!!!

  1. Spesifikasi kena pantas

Apa guna tengah syok-syok main game tiba-tiba smartphone kita lagging kan? Tekan butang pun tak ada sebarang respons. Tup-tup karakter kita dah mati. Pedih jiwa dibuatnya.  Sebab itulah spesifikasi smartphone sekurang-kurangnya kena ada macam Huawei Nova 3 yang menggunakan processor Kirin 970.

Huawei Nova 3 menjamin prestasi yang lebih awesome, respon yang pantas (tak ada lag-lag nie) dan mempunyai kepandaian AI yang membantu memberikan kepuasan 100% kepada para penggunanya. Paling best, Huawei Nova 3 juga dilengkapi sokongan GPU Turbo yang meningkatkan kuasa pemprosesan grafik sehingga 60%. Jadi apabila anda bermain Mobile Legends, mutu permainan akan terasa lebih lancar dan baik.

  1. Bateri kena tahan lama

Benda yang paling potong ‘stim’ ketika bermain game ialah terpaksa mencari charger sebab bateri nak habis. Selang setengah jam kena charge. Lepas tue bila nak charge kena ambil masa yang lama untuk dapatkan full battery. Memang stress kaw-kaw dibuatnya.

Dengan Huawei Nova 3, anda boleh ucapkan ‘bye bye’ kepada masalah bateri asyik habis. Ini kerana smartphone ini dijana dengan bateri 3,750 mAh. Ia mampu bertahan bertahan selama 5 hingga 6 jam Screen-on-Time. Teknologi fast-charging juga turut disediakan untuk memastikan anda tidak membazir masa menunggu smartphone anda berjam-jam di tepi suis. Selain itu, ciri Smart Power Saving turut disertakan pada telefon pintar keluaran Huawei ini. Ciri Smart Power Saving ini dibantu oleh teknologi AI dimana teknologi ini akan mengutamakan prestasi untuk aplikasi yang sering digunakan pengguna dan mengurangkan prestasi untuk aplikasi yang kurang digunakan. Awesome kan?

Maka sekiranya anda ada menyimpan niat untuk mewakili Malaysia ke Sukan SEA Manila 2019 dalam kategori e-sukan, pastikan perkara PERTAMA yang anda lakukan ialah membeli Huawei Nova 3. Ia akan menjadi satu pembelian yang paling berbaloi-baloi untuk anda. Harga pun cukup berpatutan, RM1699 je. Dah menang pingat emas nanti jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Abang Nara sebab syorkan smartphone TERBAIK untuk bermain Mobile Legends: Big Bang. Maklumat lanjut tentang Huawei Nova 3 boleh layari https://consumer.huawei.com/my/phones/nova3/  Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!

7 responses to Mobile Legend Akan Dipertandingkan Di Sukan Sea 2019, Ini 3 Tips Mudah Untuk Anda Jadi Wakil Malaysia

  1. no komen says:

    no komen

    1

    0
  2. benciML says:

    Gilerrr!!!!! Makin ramai la lg org yg akan jd gila sbb game ni!

    2

    0
  3. Ros says:

    Benda paling bodoh dalam dunia. E sport. So jari yang bersenam? Abad gila babi.

    0

    0
  4. neng yatimah the no.1 actress says:

    hp kegemaran pelakon veteran neng yatimah ni…

    0

    0
  5. Arrrrrrhhhhggg says:

    Nasib baim DotA2 ada

    0

    0
  6. ARJ says:

    If you’re looking hp for gamers then the best choice for now is Huawei mate 20 X. It was designed for game purpose :-) go check it out

    0

    0
  7. DE SOPHEA says:

    kena jadi power baru la boleh join…

    0

    0

Leave a Comment

Optional